Showing posts with label Alam Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Alam Perkahwinan. Show all posts

17 August 2017

Perkara Pengantin Perlu Elak Ketika Majlis

Alhamdulillah syukur Allah beri peluang kpd sy utk meneruskan misi #dakwahonair #djislamik hingga ke saat ini. Hari ni cukup 3 tahun. Rasa cepat masa berlalu.

Pelbagai pengalaman dan ilmu berguna sy dpt sepanjang berada di bidang ni. Dan di kesempatan ini, ingin sy share beberapa perkara yg perlu dielakkan oleh pasangan pengantin ketika majlis resepsi berlangsung (sekadar pemerhatian sy shj).


1. Lebih mementingkan kawan dari pasangan

Sering berlaku:
Sy lihat perkara ni selalu berlaku kpd pengantin lelaki. Bila kawan-kawan hadir, ada pengantin lelaki yg sanggup tinggal pengantin perempuan di meja makan beradap, semata nak berjumpa kawannya.

Sebaiknya:
Hari bahagia perlulah berkorban sehari utk pasangan. Nak ke mana pun bawak pasangan masing-masing. Jgn tinggal pasangan terkapai-kapai sensorang.

2. Tidak memperkenalkan pasangan kpd adik-beradik

Sering berlaku:
Pasangan tidak diperkenalkan dgn adik beradik. Ada sesetengah pengantin hanya duduk di pelamin, duduk di meja makan bersembang dgn kawan-kawan. Bukan x boleh, tp ambil peluang bawalah pasangan, kenalkan kpd adik beradik.

Sebaiknya:
Pasangan pengantin disediakan tempat di khemah tuan rumah, duduk di situ, ada adik beradik datang, kenalkan kpd mereka, ini pasangan kita.

3. Terlalu asyik bergambar

Sering berlaku:
Pasangan lebihkan masa utk bergambar dari bersama para tetamu yg datang. Adakalanya pasangan duduk di atas pelamin dari mula berada di majlis sampai ke penghujung majlis. Ada yg bergambar dlm bilik pengantin sampai adik-beradik dtg nak berjumpa pun tak sempat.

Sebaiknya:
Pasangan cuba urus masa dgn baik utk sesi bergambar dengan berjumpa dgn tetamu yg hadir. Gunakan majlis yg berlangsung utk lebih eratkan hubungan sesama adik beradik, rakan dan para jiran sekeliling.

4. Pengantin kurang menjaga adab

Sering berlaku:
Ada pengantin lelaki yg berbual dgn rakan perempuan spt sebelum berkahwin dan begitu jgk sebaliknya. Dan segelintir pengantin yg kurang menjaga adab di majlis, antaranya merokok depan tetamu, menyanyi dan menari bercampur lelaki perempuan dan sbgnya.

Sebaiknya:
Setiap pasangan perlu menjaga adab terutama adab pergaulan spy tidak berlaku fitnah. Jaga akhlak yg menggambarkan pasangan sudah bersedia memikul tanggungjawab rumahtangga yg lebih besar.

Mari sama-sama kita mulakan kehidupan rumahtangga kita dgn kebaikan agar perjalanan hidup sbg suami isteri menjadi lebih baik di masa-masa ke depan.




Sambil tu, sapa-sapa duk cari DJ Islamik, nak dengar lagu-lagu nasyid zikir, selawat di dendangkan di majlis. Boleh contact sy. Siap ada perkongsian ilmu lagi. InsyaAllah. ðŸ˜‰


#djislamik

18 March 2016

Hadiah Dari Tuan Rumah

Alhamdulillah..majlis hari ni dpt hadiah terbaik dari tuan rumah..

Antara nasihat tuan rumah yg menjadi pembakar semangat,
"Teruskan berjuang walau di mana dan bagaimanapun kita. Kalau kita rasa susah, ada org lain lebih susah dari kita. Kalau kita rasa senang, ingat tak selamanya kesenangan itu. Jadi, banyakkan bersyukur."


Terima kasih.. ðŸ˜ƒðŸ˜ƒ

24 August 2014

Adab Mengadakan Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan atau kenduri kahwin sememangnya agak sinonim pada waktu cuti sekolah. Pada ketika inilah banyak jemputan yang bakal kita terima terutama dari rakan-rakan dan saudara mara. Sebelum mengadakan majlis, seharusnya kita perlu tahu tentang adab mengadakan majlis perkahwinan. Ini perlu kerana pada zaman sekarang banyak majlis yang diadakan dilihat lari dari garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Gambar Hiasan


1. Bersederhana dalam majlis
Islam sering menganjurkan supaya sentiasa Bersederhana dalam apa jua urusan. Mengadakan majlis dalam keadaan yang terlalu mewah boleh mengundang kepada masalah pembaziran. Bayangkan jika banyak lauk pauk dimasak, tetapi di akhir majlis ia dibuang begitu sahaja. Bukankah membazir itu satu amalan syaitan. Tambahan pula, kita banyak melebihkan persiapan dalam mengikut kehendak tanpa perlu memikirkan keperluan.

Sebagai contoh, banyak majlis yang diadakan penuh megah, namun begitu tiada sebarang ruang solat pun disediakan. Bukankah menyediakan ruang solat untuk tetamu adalah lebih baik. Setidak-tidaknya tetamu boleh meluangkan masa lebih lama lagi bersama tuan rumah.

2. Hiburan yang melampau
Hiburan itu tidak salah, asalkan ia bertetapan dengan garis panduan Islam. Antara hiburan yang kebiasaannya diadakan adalah berkaraoke. Berkaraoke bersama lelaki dan perempuan di hadapan khalayak ramai pula boleh mengundang satu fitnah. Bukankah kita perlu menjaga batas pergaulan disamping mengetahui bahawa suara seorang wanita itu sebahagian daripada aurat.

Maka antara hiburan yang dicadangkan adalah seperi cabutan bertuah. Acara seperti ini boleh membuatkan majlis bertambah meriah diiringi dengan alunan lagu seperti nasyid dan sebagainya.

3. Menjamu tetamu tidak kira darjat
Janganlah sesekali kita menjemput tetamu-tetamu tertentu sahaja. Menjemput hanya dari golongan orang kaya sahaja amatlah ditegah sama sekali dalam Islam. Majlis perkahwinan diadakan adalah bertujuan untuk menghebahkan tentang pernikahan seseorang. Ia bukanlah satu majlis yang hanya dihadiri oleh golongan tertentu sahaja.

4. Amalan yang bertentangan
Mungkin bagi sesetengah orang menganggap, pelamin itu sebagai satu syarat wajib yang perlu disediakan dalam majlis perkahwinan. Namun menyediakan persiapan seperti pelamin adalah harus dan ia sekadar adat sahaja. Tetapi perkara yang dilarang adalah melakukan acara seperti merenjis air mawar, menabur beras kunyit dan lain-lain lagi. Ini adalah berkaitan tentang soal akidah umat Islam.

5. Melayan tetamu yang hadir
Janganlah kita membiarkan tetamu hadir sekadar makan sahaja, tetapi seelok-eloknya layanlah mereka dengan bertanyakan khabar disamping bersalaman di antara satu sama lain. Pihak pengantin juga perlu memainkan peranan yang penting, jangan menganggap sekadar duduk di atas pelamin, makan beradab itu sudah memadai. Kita perlu melayan semua tetamu tanpa mengira sebarang darjat.

SUMBER