Pengenalan

DJ Islamik - Hiburan Dakwah Untuk Semua ingin menyediakan sebuah kelainan pada majlis-majlis keraian anda seperti majlis perkahwinan, majlis kesyukuran, doa selamat dan sebagainya dengan membawakan hiburan Islami berbentuk dakwah, sesuai dengan suasana setempat.

HIBURAN DAKWAH UNTUK SEMUA - adalah sebuah motto khusus untuk menzahirkan keinginan kami bagi menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat dengan cara dan kaedah tersendiri iaitu melalui medium hiburan. Dan kami bawakan medium hiburan ini kepada umum melalui corong-corong pembesar suara di majlis-majlis anda secara terus.

Di samping mencari sedikit pendapatan sampingan dek kerana minat dan keinginan, DJ Islamik akan terus berusaha menyampaikan dan menyebarkan nilai silaturrahim sesama masyarakat dan secara tak langsung menjadikan majlis-majlis anda sentiasa dialunkan dengan hiburan dakwah dan suasana silaturrahim yang sempurna. Dengan penuh harapan agar majlis akan dirahmati dan diberkati Allah SWT hendaknya.

DJ ISLAMIK - 019 425 0553 (Call, SMS, Whatsapp, WeChat)

No comments:

Post a Comment