Alhamdulillah syukur Allah beri peluang kpd sy utk meneruskan misi #dakwahonair #djislamik hingga ke saat ini. Hari ni cukup 3 tahun. Rasa cepat masa berlalu.
Pelbagai pengalaman dan ilmu berguna sy dpt sepanjang berada di bidang ni. Dan di kesempatan ini, ingin sy share beberapa perkara yg perlu dielakkan oleh pasangan pengantin ketika majlis resepsi berlangsung (sekadar pemerhatian sy shj).
1. Lebih mementingkan kawan dari pasangan
Sering berlaku:
Sy lihat perkara ni selalu berlaku kpd pengantin lelaki. Bila kawan-kawan hadir, ada pengantin lelaki yg sanggup tinggal pengantin perempuan di meja makan beradap, semata nak berjumpa kawannya.
Sebaiknya:
Hari bahagia perlulah berkorban sehari utk pasangan. Nak ke mana pun bawak pasangan masing-masing. Jgn tinggal pasangan terkapai-kapai sensorang.
2. Tidak memperkenalkan pasangan kpd adik-beradik
Sering berlaku:
Pasangan tidak diperkenalkan dgn adik beradik. Ada sesetengah pengantin hanya duduk di pelamin, duduk di meja makan bersembang dgn kawan-kawan. Bukan x boleh, tp ambil peluang bawalah pasangan, kenalkan kpd adik beradik.
Sebaiknya:
Pasangan pengantin disediakan tempat di khemah tuan rumah, duduk di situ, ada adik beradik datang, kenalkan kpd mereka, ini pasangan kita.
3. Terlalu asyik bergambar
Sering berlaku:
Pasangan lebihkan masa utk bergambar dari bersama para tetamu yg datang. Adakalanya pasangan duduk di atas pelamin dari mula berada di majlis sampai ke penghujung majlis. Ada yg bergambar dlm bilik pengantin sampai adik-beradik dtg nak berjumpa pun tak sempat.
Sebaiknya:
Pasangan cuba urus masa dgn baik utk sesi bergambar dengan berjumpa dgn tetamu yg hadir. Gunakan majlis yg berlangsung utk lebih eratkan hubungan sesama adik beradik, rakan dan para jiran sekeliling.
4. Pengantin kurang menjaga adab
Sering berlaku:
Ada pengantin lelaki yg berbual dgn rakan perempuan spt sebelum berkahwin dan begitu jgk sebaliknya. Dan segelintir pengantin yg kurang menjaga adab di majlis, antaranya merokok depan tetamu, menyanyi dan menari bercampur lelaki perempuan dan sbgnya.
Sebaiknya:
Setiap pasangan perlu menjaga adab terutama adab pergaulan spy tidak berlaku fitnah. Jaga akhlak yg menggambarkan pasangan sudah bersedia memikul tanggungjawab rumahtangga yg lebih besar.
Mari sama-sama kita mulakan kehidupan rumahtangga kita dgn kebaikan agar perjalanan hidup sbg suami isteri menjadi lebih baik di masa-masa ke depan.
Sambil tu, sapa-sapa duk cari DJ Islamik, nak dengar lagu-lagu nasyid zikir, selawat di dendangkan di majlis. Boleh contact sy. Siap ada perkongsian ilmu lagi. InsyaAllah. 😉
Wasap cepat: www.whatsapp.com/ 60194250553
#djislamik